Sunday, August 14, 2011

Tips Bersembunyi di Asrama ketika warden Menjenguk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Indah nian hari ini. Petang tadi tatkala aku mula memejamkan mata untuk menghayati kesejukan hujan yang turun, terus aku teringat kes yang terjadi pada Rabu minggu ini. Muehehehhee. sangat lawak. Oleh sebab aku teringat kes hari Rabu itu, lalu aku pun teringat la nak tuleh. sebagai informasi kepada orang orang di luar sana, terutamanya budak hostel.



Ya, hidop sebagai budak hostel sangat la memeningkan pala hotak sebab ada ja cikgu cikgu yang cepat jeles dengan kelebihan student. sebagai contoh, cikgu perempuan derek bengang la bila tengok mana mana student perempuan yang pakai tudung bling bling yang lagi vogue daripada dia. lepas tu, suka 'pinjam' henpon student. tak dapat henpon, charger pon depa bedal. *teeettt. tak masok topik.

Bila dok kat asrama, kita diwajibkan pi prep malam. betui kaann? haa. sapa benci pi prep malam angkat tangan!


Masyaallah. ramai bebenoo. haa. aku dah kata ramai orang tak suka prep malam. tambah tambah kalau tempat prep malam tu sejengkal daripada dorm. dah la tu, kena pakai baju kurung pulak. nak kena iron segala. haa, sekolah aku la tu.

Jadi, telah aku temukan solution sebagai medium untuk tak pi prep malam! yee, ponteng prep malam!

Cara 1 : BERSEMBUNYI DI KATIL HUJUNG

Penerangan : memencilkan diri di katil terhujung sekali. sila ambil nota supaya menutup lampu kamar , kipas serta lebih bagus jika tutup lampu koridor. lebih bagus jika gantungkan banyak banyak baju di depan katil. Insyaallah, ia bakal mengaburi pandangan tajam cikgu anda yang rabun.
Pro : cara tercepat jika ada warden naek atas dorm buad rondaan.
Kontra : anda bernasib malang jika cikgu anda masuk ke dalam bilik lalu memulas telinga anda! 
Konklusi : cara ini hanya 10% berkesan


Cara 2 :BERSEMBUNYI DI BELAKANG LOKER

Penerangan : menyembunyikan diri di sebalik loker. buka pintu loker supaya dapat menutupi tempat persembunyian. sangat bagus jika loker ini disusun di penjuru seperti di atas. seperti biasa, sila tutup lampu dan kipas dorm anda.
Pro : pintu loker akan terus melindungi anda daripada dilihat guru. untuk menggunakan cara ini, sila buka semua pintu loker supaya cikgu tak was was bahwa anda berada di sebalik loker. kompem dia tak rajin punya nak selongkaq loker . kan banyak lagi dorm dia nak check.
Kontra : anda bernasib malang jika waden anda seorang yang gigih mencari. sesuai dipraktikkan oleh pelajar perempuan kerana waden perempuan selalunya malas :D
Konklusi : cara ini 50% berkesan


Cara 3 : BERSEMBUNYI DI TOILET

Penerangan : lakaran di atas menunjukkan situasi di dalam tandas di mana garis hitam yang tebal itu merupakan pintu. jika ingin menggunakan cara ini, sila bertafakur di tandas terakhir.
Pro : anda bernasib baik jika waden anda seorang yang malas
Kontra : anda malang jika waden anda seorang yang gigih mencari!
Konklusi : cara ini sering g
agal. sama seperti cara 1, hanya 10% berkesan


Cara 4 : BERSEMBUNYI DI ATAS SILING


Penerangan : lakaran di atas menunjukkan seorang pelajar di atas siling. diulangi, Siling. maaf lakarannya tidak bagus. (budak baru belajar). pastikan anda berada di tingkat atas sekali yang mempunyai siling okey?
Pro : cara ini merupakan antara cara terbaik kerana waden sah sah la takkan naik siling! betul kan?
Kontra : membahayakan diri jika tiba tiba siling reput dan jatuh!
Konklusi : cara terbaik tetapi sangat berisiko. 95% berkesan dan 5% selamat. sila elakkan.


Cara 5 : BERSEMBUNYI DI ATAS TILAM DALAM BILIK BAGASI/STOR


Penerangan : gambar menunjukkan tilam yang tinggi (berlapis lapis). keadaan ini boleh dijumpai di bilik bagasi atau stor aras. lazimnya dalam bilik kecil tersebot akan diletakkan tilam tilam baru dan terpakai.
Pro : cara ini sangat berkesan memandangkan berada di ats tilam yang tinggi tidak akan dijumpai oleh waden. mereka sendiri pon tak tau cara nak naik ke atas. so, mestilah tak bajet ada orang kat atas kann?
Kontra : bahaya jika anda terjatuh apabila tertidur di atas tilam tinggi itu.
Konklusi : tahap keberkesanan 98%

Wednesday, June 8, 2011

NEWLY BORN TODAY

mukaddimah oh, aku baru lagi dekat sini. orang cakap hape tuu, setahun jagung *teettt. tipu! tak sampai setahun lagi laa. kahkahkah. credit to bestfriend aku najla dengan ieka sebab hangpa dua laa aku buad menatang nih. hangpa tau sebab apa aku buad menatang ( maksod aku, blog ni ) ? sebab ada laa makhluk makhluk Allah kat luaq tuu kata lagu ni kat aku : 'jiha, hang munduq la' sebab aku tak dak blog macam dua orang kawan aku nih. okey la, aku mengaku, aku ni maju mundur . sobsobsob.


tengok tengok. ni la buktinya


sebagai perkenalan pertama, aku nak habaq kat sini yang aku selesa tuleh dalam Bahasa Melayu. ikut seruan kerajaan la konon. dasar (MBMMBI) yang Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris. abaikan. haa, aku nak buad style senirik la, nak tuleh entry dalam BM loghat utara sebab aku sangat suka loghat utara! best ow jadi orang kampung utara. nikmat ja masa cakap. tapi tu aku rasa. hangpa yang orang selatan ke pantai timur ke, sabah sarawak ke tu rasa apa, aku tak tau la.



SIAPA AKU serta MENGAPA AKU BER-BLOGGING :


okey, ni la muka aku. jelita lawa kan.
kihkih. (biaq la aku perasan)


okey ; aku ni sorang yang biasa biasa sahaja. tak perlu disebutkan nama penuh aku di sini. yaa. nama aku memang sedap. jangan jeles. baru baru ni aku telah ditemuramah oleh skuad Kosmo !




KANGAR , 8 Jun 2011. Dunia blogging dikejutkan oleh satu lagi blog yang baru dibuat oleh seorang pengguna rangkaian tersebut. Dijangka, lebih ramai akan membuka akaun blogger sendiri pada tahun ini. Salah satunya ialah, Jiha ; seorang pelajar aliran sains dari sebuah sekolah berasrama penuh di sini telah mengejutkan dunia blogger dengan pembukaan akaunnya. "Saya tidak berniat untuk membuka akaun ini pada mulanya. Ini adalah atas dorongan rakan saya, Najla. Sebelum ini, saya tidak berminat untuk membukanya, tetapi entah bagaimana, hati ini terdetik untuk membuka sebuah akaun blogger." katanya sambil tersenyum.

Ditanya lagi apa yang membuatnya ingin membuka akaun blogger ini, " Saya membuka akaun ni kerana rasa tercabar dengan segelintir pihak yang menyatakan bahawa saya mundur kerana tiadanya akaun blogger. Dek tercabar dan kecewa, saya terus meminta pendapat rakan baik saya lalu dia menyokong serta membantu saya merealisasikan akaun ini" jelasnya yang juga pelajar pintar mendapat semua A dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun lepas. Ditanya mungkinkan sejarah straight A ini akan berulang pada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 nanti, dia hanya tersenyum seraya menjawab "Insyaallah, kalau rezeki. Saya tak nak kata apa apa kerana saya sendiri tahu saya tidak mungkin mengulanginya jika masih berperangai begini. Maksud saya, penting untuk kita belajar bersungguh sungguh jika ingin straight SPM. Tapi melihatkan keadaan saya sekarangg (tergelak) susah. kerana saya akui saya malas. Zaman tingkatan empat kan zaman honeymoon. (tergelak kuat). Jadi, saya akan cuba bahagikan masa belajar dan bermain". Jiha juga merupakan seorang pelajar yang agak baik kerana tiada catatan kes disiplin berat kecuali sering melawan pengawas, tertidur dalam kelas, membawa pemain MP3 digital ke kelas sehingga dirampas, simcard selain memarahi adik adik junior bermasalah. Meskipun banyak dugaan melanda di tempat belajar, dia tetap tabah mengharungi segalanya. Meskipun begitu, dia pernah ditawarkan menjadi pengawas selama dua tahun berturut turut cuma ditolaknya, atas alasan belum bersedia dan tidak ingin hipokrit. Hipokrit? Abaikan.

Mengakui yang dirinya menggilai sukan Formula One (F1), dia sering berharap agar dapat menyaksikan perlawanan tersebut dengan mata sendiri. "Saya sangat menggilai F1. Kalau boleh, saya nak tengok dekat litar sendiri. Dan saya teringin nak jumpa Sebastian Vettel serta Fernando Alonso.



Bila ditanya dia menyasarkan berapa banyak followers di blognya, dengan tersenyum dia membalas ; "saya langsung tidak menyasarkan berapa banyak followers yang kerana saya hanya ingin menulis, bukannya untuk dikenali ramai macam Hanis Zalikha atau Zack Zukhairi. Saya sendiri tau mereka juga tidak menyangka blog mereka akan popular. Mereka juga bermula seperti saya, iaitu tiada penyasaran dan hanya ingin suka suka kerana minat dalam penulisan. Tidak keterlaluan juga, menulis apabila kebosanan melanda." Ditanya mengenai konsep yang diutarakan, Jiha menjawab dia hanya mengutarakan konsep sederhana serta santai. Pembaca hanya perlu membaca mengikut intonasi yang sesuai. Tidak keterlaluan bukan? Disebabkan dia dilahirkan di utara tanah air, dia lebih senang untuk menulis dengan bahasa melayu loghat utara juga bahasa Inggeris. Katanya, menyeru dasar kerajaan ; Mempertabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris.



........................................................................



itulah serba sikit pasal aku. BTW, thanks for membaca yerr.  
sekian.