Sunday, August 14, 2011

Tips Bersembunyi di Asrama ketika warden Menjenguk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Indah nian hari ini. Petang tadi tatkala aku mula memejamkan mata untuk menghayati kesejukan hujan yang turun, terus aku teringat kes yang terjadi pada Rabu minggu ini. Muehehehhee. sangat lawak. Oleh sebab aku teringat kes hari Rabu itu, lalu aku pun teringat la nak tuleh. sebagai informasi kepada orang orang di luar sana, terutamanya budak hostel.



Ya, hidop sebagai budak hostel sangat la memeningkan pala hotak sebab ada ja cikgu cikgu yang cepat jeles dengan kelebihan student. sebagai contoh, cikgu perempuan derek bengang la bila tengok mana mana student perempuan yang pakai tudung bling bling yang lagi vogue daripada dia. lepas tu, suka 'pinjam' henpon student. tak dapat henpon, charger pon depa bedal. *teeettt. tak masok topik.

Bila dok kat asrama, kita diwajibkan pi prep malam. betui kaann? haa. sapa benci pi prep malam angkat tangan!


Masyaallah. ramai bebenoo. haa. aku dah kata ramai orang tak suka prep malam. tambah tambah kalau tempat prep malam tu sejengkal daripada dorm. dah la tu, kena pakai baju kurung pulak. nak kena iron segala. haa, sekolah aku la tu.

Jadi, telah aku temukan solution sebagai medium untuk tak pi prep malam! yee, ponteng prep malam!

Cara 1 : BERSEMBUNYI DI KATIL HUJUNG

Penerangan : memencilkan diri di katil terhujung sekali. sila ambil nota supaya menutup lampu kamar , kipas serta lebih bagus jika tutup lampu koridor. lebih bagus jika gantungkan banyak banyak baju di depan katil. Insyaallah, ia bakal mengaburi pandangan tajam cikgu anda yang rabun.
Pro : cara tercepat jika ada warden naek atas dorm buad rondaan.
Kontra : anda bernasib malang jika cikgu anda masuk ke dalam bilik lalu memulas telinga anda! 
Konklusi : cara ini hanya 10% berkesan


Cara 2 :BERSEMBUNYI DI BELAKANG LOKER

Penerangan : menyembunyikan diri di sebalik loker. buka pintu loker supaya dapat menutupi tempat persembunyian. sangat bagus jika loker ini disusun di penjuru seperti di atas. seperti biasa, sila tutup lampu dan kipas dorm anda.
Pro : pintu loker akan terus melindungi anda daripada dilihat guru. untuk menggunakan cara ini, sila buka semua pintu loker supaya cikgu tak was was bahwa anda berada di sebalik loker. kompem dia tak rajin punya nak selongkaq loker . kan banyak lagi dorm dia nak check.
Kontra : anda bernasib malang jika waden anda seorang yang gigih mencari. sesuai dipraktikkan oleh pelajar perempuan kerana waden perempuan selalunya malas :D
Konklusi : cara ini 50% berkesan


Cara 3 : BERSEMBUNYI DI TOILET

Penerangan : lakaran di atas menunjukkan situasi di dalam tandas di mana garis hitam yang tebal itu merupakan pintu. jika ingin menggunakan cara ini, sila bertafakur di tandas terakhir.
Pro : anda bernasib baik jika waden anda seorang yang malas
Kontra : anda malang jika waden anda seorang yang gigih mencari!
Konklusi : cara ini sering g
agal. sama seperti cara 1, hanya 10% berkesan


Cara 4 : BERSEMBUNYI DI ATAS SILING


Penerangan : lakaran di atas menunjukkan seorang pelajar di atas siling. diulangi, Siling. maaf lakarannya tidak bagus. (budak baru belajar). pastikan anda berada di tingkat atas sekali yang mempunyai siling okey?
Pro : cara ini merupakan antara cara terbaik kerana waden sah sah la takkan naik siling! betul kan?
Kontra : membahayakan diri jika tiba tiba siling reput dan jatuh!
Konklusi : cara terbaik tetapi sangat berisiko. 95% berkesan dan 5% selamat. sila elakkan.


Cara 5 : BERSEMBUNYI DI ATAS TILAM DALAM BILIK BAGASI/STOR


Penerangan : gambar menunjukkan tilam yang tinggi (berlapis lapis). keadaan ini boleh dijumpai di bilik bagasi atau stor aras. lazimnya dalam bilik kecil tersebot akan diletakkan tilam tilam baru dan terpakai.
Pro : cara ini sangat berkesan memandangkan berada di ats tilam yang tinggi tidak akan dijumpai oleh waden. mereka sendiri pon tak tau cara nak naik ke atas. so, mestilah tak bajet ada orang kat atas kann?
Kontra : bahaya jika anda terjatuh apabila tertidur di atas tilam tinggi itu.
Konklusi : tahap keberkesanan 98%



Sebagai sorang budak hostel, kita kena kreatif! tapi, aku nak ingatkan di sini, perkara ni suma adalah lagha. jauhkan la diri anda daripada lagha! tak perlu dipraktikkan ya. dan jangan tanya aku sebab apa aku tau semua ni. jawapannya gampang, aku kan budak asrama. Mueheheheh

ps : sorry, aku tak reti lukis la. pakai redah saje



                                               *TTFN

1 comment: