tengok tengok. ni la buktinya |
sebagai perkenalan pertama, aku nak habaq kat sini yang aku selesa tuleh dalam Bahasa Melayu. ikut seruan kerajaan la konon. dasar (MBMMBI) yang Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris. abaikan. haa, aku nak buad style senirik la, nak tuleh entry dalam BM loghat utara sebab aku sangat suka loghat utara! best ow jadi orang
SIAPA AKU serta MENGAPA AKU BER-BLOGGING :
okey, ni la muka aku. kihkih. (biaq la aku perasan) |
okey ; aku ni sorang yang biasa biasa sahaja. tak perlu disebutkan nama penuh aku di sini. yaa. nama aku memang sedap. jangan jeles. baru baru ni aku telah ditemuramah oleh skuad Kosmo !
KANGAR , 8 Jun 2011. Dunia blogging dikejutkan oleh satu lagi blog yang baru dibuat oleh seorang pengguna rangkaian tersebut. Dijangka, lebih ramai akan membuka akaun blogger sendiri pada tahun ini. Salah satunya ialah, Jiha ; seorang pelajar aliran sains dari sebuah sekolah berasrama penuh di sini telah mengejutkan dunia blogger dengan pembukaan akaunnya. "Saya tidak berniat untuk membuka akaun ini pada mulanya. Ini adalah atas dorongan rakan saya, Najla. Sebelum ini, saya tidak berminat untuk membukanya, tetapi entah bagaimana, hati ini terdetik untuk membuka sebuah akaun blogger." katanya sambil tersenyum.
Ditanya lagi apa yang membuatnya ingin membuka akaun blogger ini, " Saya membuka akaun ni kerana rasa tercabar dengan segelintir pihak yang menyatakan bahawa saya mundur kerana tiadanya akaun blogger. Dek tercabar dan kecewa, saya terus meminta pendapat rakan baik saya lalu dia menyokong serta membantu saya merealisasikan akaun ini" jelasnya yang juga pelajar pintar mendapat semua A dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun lepas. Ditanya mungkinkan sejarah straight A ini akan berulang pada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 nanti, dia hanya tersenyum seraya menjawab "Insyaallah, kalau rezeki. Saya tak nak kata apa apa kerana saya sendiri tahu saya tidak mungkin mengulanginya jika masih berperangai begini. Maksud saya, penting untuk kita belajar bersungguh sungguh jika ingin straight SPM. Tapi melihatkan keadaan saya sekarangg (tergelak) susah. kerana saya akui saya malas. Zaman tingkatan empat kan zaman honeymoon. (tergelak kuat). Jadi, saya akan cuba bahagikan masa belajar dan bermain". Jiha juga merupakan seorang pelajar yang agak baik kerana tiada catatan kes disiplin berat kecuali sering melawan pengawas, tertidur dalam kelas, membawa pemain MP3 digital ke kelas sehingga dirampas, simcard selain memarahi adik adik junior bermasalah. Meskipun banyak dugaan melanda di tempat belajar, dia tetap tabah mengharungi segalanya. Meskipun begitu, dia pernah ditawarkan menjadi pengawas selama dua tahun berturut turut cuma ditolaknya, atas alasan belum bersedia dan tidak ingin hipokrit. Hipokrit? Abaikan.
Mengakui yang dirinya menggilai sukan Formula One (F1), dia sering berharap agar dapat menyaksikan perlawanan tersebut dengan mata sendiri. "Saya sangat menggilai F1. Kalau boleh, saya nak tengok dekat litar sendiri. Dan saya teringin nak jumpa Sebastian Vettel serta Fernando Alonso.
Bila ditanya dia menyasarkan berapa banyak followers di blognya, dengan tersenyum dia membalas ; "saya langsung tidak menyasarkan berapa banyak followers yang kerana saya hanya ingin menulis, bukannya untuk dikenali ramai macam Hanis Zalikha atau Zack Zukhairi. Saya sendiri tau mereka juga tidak menyangka blog mereka akan popular. Mereka juga bermula seperti saya, iaitu tiada penyasaran dan hanya ingin suka suka kerana minat dalam penulisan. Tidak keterlaluan juga, menulis apabila kebosanan melanda." Ditanya mengenai konsep yang diutarakan, Jiha menjawab dia hanya mengutarakan konsep sederhana serta santai. Pembaca hanya perlu membaca mengikut intonasi yang sesuai. Tidak keterlaluan bukan? Disebabkan dia dilahirkan di utara tanah air, dia lebih senang untuk menulis dengan bahasa melayu loghat utara juga bahasa Inggeris. Katanya, menyeru dasar kerajaan ; Mempertabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris.
........................................................................
itulah serba sikit pasal aku. BTW, thanks for membaca yerr.
sekian.
No comments:
Post a Comment